Monday 24 October 2011

Bapak, anak dan pensel.

Al kisah maka tersebutlah...

Anak : (sambil menangis tersedu sedan), bapak! Cikgu rotan saya kat sekolah!

Bapak : kenapa cikgu rotan adik!? Kurang asam punya cikgu!

Anak : sebab adik curi pensel kawan adik, lepas tu adik kantoi curi pensel kat koperasi sekolah.

Bapak : patut la! Kau ni pun satu, lain kali nak mencuri pun cover2 la sikit! Kau ingat bapak tak mampu nak bagi ko pensel ker, nanti esok bapak ambil pensel kat opis, banyak pensel kat opis bapak sana. Bukan depa perasan pun takat bapak ambil sekotak. Apa punya anak daaa...

Anak : abih ni hal kat sekolah macam mana nak setel ni pak? Malu lah adik kalau cikgu tu kecoh2 nanti..

Bapak : alahhhh, small the matter, nanti bapak pau kawan bapak, hulur sikit kat cikgu tu, senyap lah tu nanti...small the matter.

Anak : kalau atok pulak tau macam mana?

Bapak : atok kau tadak hal punya. Small the matter! Kawtim punya.

*aku boring sebenarnya ni, jadi sambil2 tunggu flight aku buat karangan pendek. Tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang tak sabar nak mati.
Sent from Mohd Najib Serakim® wireless device via Celcom.

Sunday 23 October 2011

Benar

Jadi orang yang benar, Belajar dengan yang benar, Berkata perkara yang benar, Mengajar perkara yang benar, Melihat perkara yang benar.

Wednesday 12 October 2011

Ilmu Untuk Kaum Adam



Pesanan Buat Suami..


1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutam...a isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
See More

Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim. *Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share pun dgn semua orang.

Saturday 8 October 2011

Mesin getah mini cap ayam???


Doa Selamat

Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hamba-Mu yang mana ubun-ubun kami berada di dalam genggaman-Mu, telah terdahulu ketetapan-Mu bagi kami, telah adil Qada' dan Qadar -Mu bagi kami.

Kami meminta dan kami memohon dengan nama-nama -Mu Yang Maha Mulia agar Engkau kurniakan kami akan kesihatan dan keselamatan, supaya kami kekal dalam agama kami (iaitu Islam) pada kala di dunia dan akhirat. Ya Allah Tuhan yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kami meminta pertolongan-mu agar Engkau kuatkan kami dengan kekuatan Engkau, Ya Allah berikan kami pertolongan dengan pertolongan Engkau, Ya Rahman, Ya Rahim.

Ya Allah, kurniakanlah kami keselamatan dari segala bencana di dunia dan jauhkan kami dari segala azab di akhirat, kurniakan kami keselamatan dari keburukan dunia dan jauhkan kami dari keburukan di akhirat.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sent from Mohd Najib Serakim® wireless device via Celcom.

Sunday 2 October 2011

Jangan Tinggal Daku

By Amuk (featuring Mus May)


Jangan tinggal daku
Oh adik oh juwita
Kanda sedang rindu
Pada mu yang manis jelita

Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

O o o jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

O o o jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu

Blood Alcohol Concentration


 

Blood Alcohol Concentration Estimate:

BAC Level
Percentage
Effects
.03 to .12 Feeling of increased confidence, sense of daring. Look flushed or red in face. Trouble with fine actions, such writing.
.09 to .25 Trouble seeing or focusing, slow reactions, sleepy, stumble often or lose balance easily.
.18 to .30 Confusion, dizziness, slurred speech and lack of muscle coordination.
Above .25 Serious health issues, including death.
 
The BAC ranges overlap in the table above because the effects that alcohol have will be different for different people, depending on their metabolism, overall health, medications, etc.
As important as it is to know the health consequences of drinking, it is equally important to be aware of the legal implications. at or above 0.08 percent.


Adik-beradik lelaki suami mahram sementara haram bersalaman

Persoalan Agama: Adik-beradik lelaki suami mahram sementara haram bersalaman
Bersama Ustaz Zahazan

2011/09/18

UNTUK pengetahuan ustaz, keluarga suami saya adalah golongan yang tidak mengambil kisah pasal agama. Adik dan kakaknya yang perempuan berpakaian ketat dan tidak memakai tudung. Adik-adiknya yang lelaki pula suka bersalaman dengan saya terutama pada hari raya dan saya terpaksa bersalaman dengan mereka. Saya mahu mengelak tetapi bimbang mereka akan terasa. Apa pandangan ustaz? Kedua, kawan saya bertanya, apakah hukum seorang lelaki bersalaman dengan ibu tiri isteri? Adakah ibu tiri isteri termasuk muhrim? Harap dapat penjelasan.

Rashidah, Pahang.
Alhamdulillah wassolatu wassalam ala rasulillah wabad.
Hubungan antara seorang wanita dengan adik atau abang ipar adalah mahram yang sementara. Sekiranya suami wanita itu menceraikannya atau meninggal dunia, maka adik atau abang ipar boleh mengahwininya. Justeru, saudari tidak boleh bersalam dengan adik-beradik lelaki suami. Saudari hendaklah memelihara aurat depan mereka dan tidak boleh berjalan berdua-duaan bersama adik-beradik lelaki suami saudari.

Saudari tidak perlu menjaga hati mereka dengan melanggar syariat. Sekiranya mereka terasa, saudari boleh menjalinkan hubungan silaturahim dengan menziarahi mereka bersama suami, memberi hadiah dan seumpamanya. Saudari hendaklah menjadikan mereka mengikut saudari iaitu dengan mengikut syariat Allah, jangan jadikan diri saudari mengikut mereka dengan melanggar syariat Allah. Justeru, kita hendaklah lebih melihat kemurkaan Allah berbanding kemurkaan manusia.
Sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi menyebut (yang bermaksud): Sesiapa yang berusaha mencari reda Allah dengan kemurkaan manusia, Allah akan mencukupkannya dari pergantungan dengan manusia. Dan sesiapa yang berusaha mencari reda manusia dengan kemurkaan Allah, nescaya Allah akan menyerahkannya kepada manusia.

Oleh itu, saudari tidak perlu mengikuti mereka dengan alasan menghormati dan menjaga perasaan mereka pada perkara yang jelas bertentangan dengan syariat. Namun, hendaklah menjadikan mereka menghormati pendirian saudari dengan membawa mereka mengikut syariat Allah.
Untuk soalan kedua, sebelum itu saya hendak menjelaskan pengertian aurat. Aurat dari segi bahasa bererti kurang dan sesuatu yang dianggap buruk (an-Naqsu wassyaiul mustaqbahu). Dari segi istilah syarak bermaksud sesuatu yang wajib ditutup dalam sembahyang (ma yajibu satruhu fis solah) atau maksud kedua iaitu sesuatu yang haram dipandang (ma yahrumun nazru ilaih). Ada pembetulan pada pertanyaan saudari. Muhrim yang sebenarnya bermaksud orang yang berada dalam ihram haji atau umrah.

Sekiranya maksud saudari muhrim itu adalah orang yang haram untuk kita nikahi, sebutan yang sebenarnya adalah mahram.

Perlu diketahui bahawa ikatan mahram wujud dengan tiga sebab. Pertama kekeluargaan, kedua perkahwinan dan ketiga penyusuan. Allah SWT menyebut dalam surah an-Nisa ayat 23 dan 24 yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut iaitu) ibu-ibumu (dan nenek-nenekmu), anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibumu, anak-anak perempuan saudara lelaki, anak-anak perempuan saudara perempuan, ibu-ibu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara perempuan susuan, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu (dan yang tidak dalam pemeliharaan kamu) dari isteri yang kamu telah campur, tetapi kalau kamu belum campur mereka, maka tiada salah kamu mengahwininya. Dan isteri-isteri anak-anak kamu yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini) kecuali yang berlaku pada masa lalu.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Justeru, ibu tiri isteri tidak termasuk dalam senarai wanita yang haram dinikahi. Kerana itu ia termasuk dalam wanita ajnabi. Antara suami dengan ibu tiri isteri halal berkahwin, maka haram bersalaman dengannya.

Demikianlah, wallahualam.

 

Saturday 1 October 2011

Sunnah Potong Kuku dan Pemakaian Cincin- Additional Info

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua khinzir-khinzir tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.