Saturday 15 March 2014

Imam & Makmum

Selepas solat jumaat semalam tiba-tiba terfikir, setiap MAKMUM akan memikirkan siapa yang akan menjadi IMAM mereka dan MAKMUM mengharapkan yang terbaik dari SANG IMAM, atas keyakinan bahawa SANG IMAM akan membawa mereka ke jalan yang terbaik, tetapi dari sudut IMAM, belum pernah lagi aku terjumpa IMAM yang mempertikaikan siapa MAKMUM mereka kerana SANG IMAM yakin yang dia telah berusaha setakat yang termampu untuk memimpin setiap MAKMUM ke jalan yang diredhai NYA.....sekadar renungan untuk diri sendiri...

Friday 14 March 2014

Amalan Menentang Sihir


Petikan dari internet.

Salah seorang dari perawat pernah mengajarku ayat di atas. Menjadi amalan sehingga kini. InshaaAllah.

Monday 10 March 2014

Heartless Knife



Sebilah pisau sebagai kenangan,
Harga yang murah bukan lah sandaran,
Tetapi ingatan akan sebuah kejadian,
Menghiris perasaan ke seluruh kehidupan.

Harapan agar pisau sentiasa tajam
Menghiris setiap kenangan mendatang
Hati terguris terasa kejam
Lebih nyeri dikhianati orang yang di tatang

Beli pada 6hb Mac 2014