Sunday 9 December 2012

Dragon Fruit

Sebahagian gambar proses kembang bunga buah naga. Betapa indah ciptan Allah.




Musim Buah di Malaysia

Macam-macam buah buahan tersedia di gerai gerai sepanjang perjalanan di lebuh raya dan pekan pekan berhampiran.




Thursday 22 November 2012

My 3rd baby, My Angels on Earth

Alhamdulillah, kelahiran anak ke tiga. Semoga kalian menjadi anak-anak solehah. Tahniah dan terima kasih kepada isteri yang bertarung nyawa melahirkan mereka. Suamimu redha akan dirimu sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak ku. Semoga redha Allah juga bersama isteri dan kami sekeluarga.






Monday 2 April 2012

Nasihat

9 FADILHAT MENDIDIK ANAK...

1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dib...alas dengan satu darjat syurga.
~Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya
~Melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya,
~Nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
~Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu.
~Barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."
~Sabda Nabi SAW;
"Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah;
~Pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
~Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
~Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

9. Seorang lelaki bertanya;
"Ya Rasulullah, kpd siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda;
"Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi;
"Ibu bapaku sudah tiada lagi."
~Sabda Nabi SAW;
"Kalau begitu berbaktilah kpd anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu & anakmu pula berhak keatas dirimu."

Wednesday 1 February 2012

Sampaikanlah walau satu ayat.

♥ PETUA DARI NABI MUHAMMAD SAW ♥ Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan :-

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Makanlah dengan menggunakan tangan kanan

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Sent from Mohd Najib Serakim® wireless device via Celcom. Office- 084-755355 Fax- 084-755360