Sunday 31 July 2011

Warisan

With all the current political issues, it brought my memories back to my younger time (almost 20 years ago)
 
WARISAN - Old Version lyrics during our time @ 1992

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Ciptaan Dr. Nordin Kardi

Panduan Memotong Kuku

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat, dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Thursday 7 July 2011

Celor-celor Padang Brown, Penang

Nampak menarik? Memang menarik. Ini adalah sebahagian daripada menu makanan yang terdapat di Padang Brown, Penang (atau kami biasa panggil padang broom). Macam-macam makanan dan minuman ada di jual di sini.

Cuma semasa makan tu ada beberapa perkara yang aku terfikir tentang menu makanan di atas. Celor-celor aku rasa tak perlu lah aku explain macam mana nak makan dan harganya. Semua pun dah sedia maklum.

Apa yang cuba nak aku bincangkan (bukanlah komplen, tapi nak ajak sama-sama berfikir), cara makanan ini di hidangkan.

1. Semasa sampai, ada meja-meja di gerai ini telah terhidang dengan makanan ini, dalam keadaan terdedah dan tanpa penutup.

2. Setelah selesai makan, makanan yang tidak habis akan dihidang kepada pelanggan lain; bayangkan aku datang ni masa tak berapa sihat, batuk dan selesema, ada kebarangkalian tak virus2 batuk dan selesema tu berpindah ke makanan tu? Dan mungkin juga yang aku dah makan tu orang sebelum ni dah 'sembur' virus depa kat situ dulu?

Tu belum lagi cerita pasal tikus jogging tepi longkang, tikus jogging atas dapur, anjing berkeliaran, meja yg berbahaya..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Durian dan musim buah

Sepanjang 3 hari di Penang, sempat juga lah beli 2-3 biji durian yg di lihat semakin banyak di jual di tepi2 jalan.
Bukan sahaja durian, buah-buahan lain pun ada, manggis, rambutan, cempedak, nangka dan sebagainya.
Aku rasa buah-buahan sekarang ni dah tak ikut musim, sepanjang tahun ada sahaja buah-buah yg kita mau, tapi mungkin buah-buah ni datang dari tempat lain dan di jual di Penang ni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 6 July 2011

Nasi kandar dan apek jaga parking.

Petang ni teringin pulak nak makan nasi kandar di chow rasta road. Macam biasalah bila sampai di sana, kelihatan lengang kecuali kedai-kedai tepi lorong yang masih rancak dengan pelanggan.

Masa sampai tu, ada satu apek yang memang rajin jaga parking, tapi apek ni pekak dan bisu. Bila dah parking cun2 kereta ni, aku hulur lah 60sen (lebih 20sen dari tariff biasa) sebagai 'cukai perkhidmatan' beliau. Ha3

Masa aku nak balik(pastinya lepas kenyang sepinggan nasi kandar), apek ni pun, macam biasa, jadi 'polis trafik', bila dah selesai kete aku keluar, duk mintak duit lagi. Sah aku kata apek ni lupa yg aku dah bagi awal2 tadi. (Hampeh betul).

Aku mals nak argue dgn apek pekak dan bisu ni, terus buat muka dek jer blah, aku tengok kat cermin belakang, apek tengah bebel, sambil 'but@hkan' aku. Ketawa sorang2 aku.

Dalam hati aku kata, 'kompom apek ni lupa' tak pernah buat perangai macam ni. Pengajaran kali ni, kalau nak bayar apek tu, bayar masa nak keluar, jgn bayar awal2.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.