Monday 2 April 2012

Nasihat

9 FADILHAT MENDIDIK ANAK...

1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dib...alas dengan satu darjat syurga.
~Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya
~Melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya,
~Nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
~Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu.
~Barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."
~Sabda Nabi SAW;
"Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah;
~Pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
~Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
~Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

9. Seorang lelaki bertanya;
"Ya Rasulullah, kpd siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda;
"Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi;
"Ibu bapaku sudah tiada lagi."
~Sabda Nabi SAW;
"Kalau begitu berbaktilah kpd anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu & anakmu pula berhak keatas dirimu."