Wednesday 6 July 2011

Nasi kandar dan apek jaga parking.

Petang ni teringin pulak nak makan nasi kandar di chow rasta road. Macam biasalah bila sampai di sana, kelihatan lengang kecuali kedai-kedai tepi lorong yang masih rancak dengan pelanggan.

Masa sampai tu, ada satu apek yang memang rajin jaga parking, tapi apek ni pekak dan bisu. Bila dah parking cun2 kereta ni, aku hulur lah 60sen (lebih 20sen dari tariff biasa) sebagai 'cukai perkhidmatan' beliau. Ha3

Masa aku nak balik(pastinya lepas kenyang sepinggan nasi kandar), apek ni pun, macam biasa, jadi 'polis trafik', bila dah selesai kete aku keluar, duk mintak duit lagi. Sah aku kata apek ni lupa yg aku dah bagi awal2 tadi. (Hampeh betul).

Aku mals nak argue dgn apek pekak dan bisu ni, terus buat muka dek jer blah, aku tengok kat cermin belakang, apek tengah bebel, sambil 'but@hkan' aku. Ketawa sorang2 aku.

Dalam hati aku kata, 'kompom apek ni lupa' tak pernah buat perangai macam ni. Pengajaran kali ni, kalau nak bayar apek tu, bayar masa nak keluar, jgn bayar awal2.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment