Thursday 7 July 2011

Celor-celor Padang Brown, Penang

Nampak menarik? Memang menarik. Ini adalah sebahagian daripada menu makanan yang terdapat di Padang Brown, Penang (atau kami biasa panggil padang broom). Macam-macam makanan dan minuman ada di jual di sini.

Cuma semasa makan tu ada beberapa perkara yang aku terfikir tentang menu makanan di atas. Celor-celor aku rasa tak perlu lah aku explain macam mana nak makan dan harganya. Semua pun dah sedia maklum.

Apa yang cuba nak aku bincangkan (bukanlah komplen, tapi nak ajak sama-sama berfikir), cara makanan ini di hidangkan.

1. Semasa sampai, ada meja-meja di gerai ini telah terhidang dengan makanan ini, dalam keadaan terdedah dan tanpa penutup.

2. Setelah selesai makan, makanan yang tidak habis akan dihidang kepada pelanggan lain; bayangkan aku datang ni masa tak berapa sihat, batuk dan selesema, ada kebarangkalian tak virus2 batuk dan selesema tu berpindah ke makanan tu? Dan mungkin juga yang aku dah makan tu orang sebelum ni dah 'sembur' virus depa kat situ dulu?

Tu belum lagi cerita pasal tikus jogging tepi longkang, tikus jogging atas dapur, anjing berkeliaran, meja yg berbahaya..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment