Thursday 22 September 2011

Isu beku amah masih buntu

 Akhbar    : KOSMO! (muka 11)
Tarikh    : 20 September 2011

Isu beku amah masih buntu

PUTRAJAYA – Isu pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia akan terus buntu sehinggalah kerajaan Indonesia menarik balik larangan itu, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Menurut beliau, kementeriannya tidak mengetahui sebab di sebalik kelewatan penarikan semula pembekuan itu oleh kerajaan Indonesia walaupun memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu telah ditandatangani oleh kedua-dua negara pada penghujung Mei tahun ini.

Antara syarat yang dipersetujui dalam MoU itu adalah majikan Malaysia dijanjikan pembantu rumah gantian atau ganti rugi deposit daripada agensi
pekerjaan yang terbabit sekiranya pembantu rumah melarikan diri, tidak efisien atau gagal ujian perubatan dalam tempoh enam bulan.

"Persetujuan turut dicapai berhubung gaji pembantu rumah yang perlu ditentukan berdasarkan kedudukan pasaran semasa namun, kerajaan Indonesia akan
memastikan bahawa gaji yang ditawarkan oleh majikan Malaysia tidak kurang daripada gaji minimum di Indonesia," katanya selepas menghadiri pelantikan
Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (2012-2013) di sini semalam.

Subramaniam berkata, kerajaan Malaysia akan akur kepada segala perkara yang terkandung dalam MoU berkenaan dan kini terpulang kepada Indonesia untuk melaksanakan peranannya pula.

- BERNAMA


No comments:

Post a Comment