Tuesday 6 September 2011

Pembangkang dan mayat

Pada hari raya pertama aku balik ke kampung, sempat juga bersembang dengan nenek aku, moyang kepada anak2 aku. Keluarlah cerita dulu2, masa arwah tok buka tanah, kisah ustadz dari Kelantan yang buat penentuan tapak rumah, kisah kayu hutan yg saiznya 4-5pemeluk, tebang pakai kapak jer, kisah hasan husain bersaudara yg membantu pembinaan rumah dan pembukaan kawasan.

Sempat juga aku cedok petua buat rumah dari tanah asal hutan sampai jadi rumah. Memang orang tua2 banyak pengalaman, penuh ilmu di dada. Kalau tidak mana berani merantau sebarangan.

Dalam pada tu terselit juga lah kisah si fulan si fulan yg dah di jemput Ilahi, kembali ke tempat asal. Al-fatihah sahaja mampu de sedekahkan. TAPI yg paling tak best aku dengar pasal urusan jenazah seorang Ustadz-pangkat pak sedara juga dengan aku.

Pada masa urusan jenazah beliau, kebetulan kenderaan urusan jenazah tersebut rosak dan sedang di baik pulih, jadi orang kampung usahakanlah cara alternatif. Maka Allah bukakan pintu hati seorang hamba Nya untuk menawarkan khidmat lori beliau. Alhamdulillah, tawaran di terima dengan baik keluarga arwah. Maka urusan kebumi pun selesai.

Untuk pengetahuan semua, lori yg di gunakan adalah lori yg biasa digunakan pemiliknya untuk mengangkat barang2 kerja, barang2 lusuh dan juga sampah2. Pemilik lori ni kerja sendiri, buat kerja2 kontraktor am. Tetapi keadaan lori tersebut adalah bersih, masakan keluarga arwah setuju kalau keadaan lori tu "menghinakan".

Entah ribut entah guntur dari ceruk mana,lepas semua selesai ada pulak "geng pakatan" (yg pastinya, yg bukan menguruskan jenazah tu lah) duk komplen pasal jenazah kena angkat dgn "lori sampah", duk kata kalau depa yg urus, tak kan jadi lagu tu, tak kan naik "lori sampah" jenazah tu, dan macam2 lg lah "munyi" kat belakang tu.

Aku sound nenek aku, "kalau depa ni duk uruskan jenazah tu time tu, apa?? Depa nak pi bandar sewa kereta atau nak usahakan kete lain dari luar ker?? Org mati dah tanam pun nak jadikan isu ka?? Patut sedekah fatihah, ini tidak, isu berbangkit pulak". Rasional la sikit ( tah paham tah tidak nenek aku apa itu RASIONAL).

Kesimpulan yg aku buat-geng2 depa ni, tak kira yg sekolah atau yg "no go to skool" punya org, sama jer, cari isu remeh temeh, kompang sampai isu tu jadi besar dan panas, tapi isu tu langsung tak menyumbang apa2 pun pada pembangunan masyarakat, komuniti atau negara. Jadi tak hairan lah kalau pajero pun nampak macam waja, org hidup pun kata mati sebab sakit jantung, hantar orang pi tolong orang pun dikatanya tak ikhlas dan macam2 lagi isu. Ikhlas atau tidak bukan urusan kita, biarlah Allah yg menentukan. Yang penting, dah ada orang buat bahagian mereka, lebih baik dari orang yang tak buat apa2.

-aku yang kurang cerdik menulis-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment