Friday 26 August 2011

Berbuka

Petang semalam aku berbuka di Bukit Jambul, penang. Sambil duk berbuka tu, perati juga lah aku keliling. Benarlah bahawa kegembiraan orang berpuasa ini ada dua, masa berbuka dan di akhirat kelak.

Aku perhatikan, seronok apabila anak2 muda dan orang-orang tua, keluarga dan kawan2 bukan Islam mereka duduk semeja atau selantai beralaskan surat kabar, berkongsi juadah. Yang tidak sempat membeli juadah, pau sedikit kawan di sebelah, kawan di sebelah yang bermurah hati, menghulurkan sedikit juadah kepada rakan-rakan yang lain.

Yang sedikit sama dijamah, yang banyak sama disedekah. Indahnya Ramadhan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment